Jumaat, 3 Mei 2013

SKIZOFRENIA






PENGENALAN



Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia kerap digunakan oleh doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang di salah ertikan kerana penyakit mental sebenarnya terdapat bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.Dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan keperibadian.

      Skizofrenia terbahagi kepada dua konsep asas iaitu skizofrenia akut dan skizofrenia kronik. Skizofrenia akut adalah apabila pesakt didominasi oleh keadaan klinikal seperti mengalami simptom-simptom delusi, halusinasi dan gangguan pemikiran. Keadaan sebegini dipanggil simptom positif. Sesetengah pesakit pulih daripada penyakit yang akut, sementara da setengah yang lain menjadi sindrom kronik. Skizofrenia kronik pula pesakit yang mengalami tiada emosi, kurang upaya motivasi, pergerakan perlahan dan suka menyendiri daripada masyarakat. Ini digelar simptom negatif. Kebiasaannya penghidap skizofrenia gagal berfungsi secara sosial dan persekitaran serta tidak berupaya untuk menguruskan diri mereka sendiri. 

       Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka fikirkan.  Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter.


   SEJARAH SKIZOFRENIA

Penyakit skizofrenia ini telah ditemui sejak beribu tahun lagi, sejak zaman Greek.Kajian psikologikal telah menemui dalam tamadun Babylon, Mesir Purba dan Yahudi.Skizofrenia berasal daripada perkataan Greek, “schizophrenia”, yang bermaksud minda terbelah.Zaman Babylon mengatakan ianya kuasa pengetahuan dan cara-cara merawat penyakit fizikal ini. Tamadun Mesir Pura pula, sama seperti Zaman Babylon, mengenal pasti bahawa otak atau akal itu merupakan tempat di mana mental berfungsi dan terma persekitaran yang praktis dan terapi tidur. Ia bleh dianggap sebagai satu penyakit yang agak baru kerana buat satu tempoh yang agak lama, gejala-gejala skizofrenia sering dikaitkan dengan rasukan hantu. Hanya pada tahun 1893 ianya mula dianggap sebagai satu penyakit.

           Pada tahun 1890, seorang ahli psikiatri dari Perancis, Morel menguraikan sindrom ini sebagai demence precox.Pada tahun 1896,Father Of Psyhiatrist, Emil Kraepelin berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri daripada tiga jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Kraeplin menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada peringkat gangguan yang melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi seseorang itu. Beliau turut menjelaskan bahawa kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang bermula dari zaman kanak-kanak.Antara simptom dalam kecelaruan ini ialah halusinasi, delusi, penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam memberikan tumpuan.

          Sementara pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular menggantikan “dementia praecox” dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah (spit). Phrenia bermaksud fungsi fizik, mind (minda)iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dengan kata lain skizofrenia ialah split of the mind.Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini bukanlah sekadar kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan oleh keadaan tekanan yang dialami.Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan cadangan simpton yang wujud dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan sosial dan gangguan dalam memberikan tumpuan.Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal sehingga hari ini.

         Filem A Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli matematik genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi yang telah digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash telah diterima masuk ke Universiti Princeton.Beliau merupakan penerima anugerah Carnegie Prize dalam bidang matematik.Beliau juga telah dijanjikan sebuah bilik tunggal, rakan sebiliknya Charles Herman, seorang pelajar sastera yang tidak lama menjadi sahabat karibnya.Nash juga bertemu dengan rakan sekuliahnya (matematik) seperti Martin Hansen, Sol, Ansley dan Bender.Nash seorang lelaki yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial, dan seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri. Beliau tidak pernah masuk ke kuliah matematik seperti rakan yang lain dan sering menghabiskan waktu di luar kelas untuk mendapatkan idea yang original. Beliau akhirnya berjaya mendapat idea apabila seorang wanita menolak pelawaannya di bar dengan terhasilnya kawalan dinamik dalam bidang ekonomi matematik.







          Setelah tamat di Princeton, beliau diterima kerja di Masaachusetts Institute of Technology (MIT) bersama rakannya Sol dan Bender.Lima tahun mengajar mengenai kalkulus di MIT beliau berjumpa dengan Alicia Larde dan akhirnya berkahwin.Nash telah dijemput Jabatan Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan kod rahsia musuh Amerika Syarikat. Beliau berjaya memecahkan kod rahsia tersebut dan bertemu dengan William Parcher, agen rahsia yang memberi tugasan kepada Nash untuk memecahkan kod melalui majalah dan surat khabar. Beliau terlalu obses dengan tugas tersebut dan pada masa yang sama beliau berjumpa semula dengan Charles serta anak saudaranya Marcee.  Alicia membuat laporan di Hospital Psikitari setelah melihat perubahan yang dialami oleh Nash.Doktor memberitahu bahawa William Parcher, Charles dan Marcee sebenarnya adalah khayalan Nash sahaja.

    Nash diberi rawatan dan ubat antipsychotic. Ubat-ubat tersebut memberikan kesan terhadap hubungannya dengan isterinya serta keupayaannya untuk berfikir.Beliau akhinya menolak untuk makan ubat tersebut dan watak dalam halusinasinya muncul kembali semula.Nash dan Alicia memutuskan untuk hidup secara normal dan Nash harus melawan halusinasinya dengan tidak mengambil sebarang ubat dari hospital.Beliau meneruskan hidup dan diterima sebagai pengajar semula.Pada 1994, beliau diberikan anugerah dalam bidang matematik, Nobel Memorial Prize in Economicsdengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang banyak berjasa pada teori-teori ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan