Jumaat, 10 Mei 2013

Jenis dan Simptom Skizofrenia


1.         JENIS SKIZOFRENIA
Terdapat tiga jenis skizofrenia yang utama iaitu skizofrenia paranoid, heberfrenik dan katatonik.

a)         SKIZOFRENIA PARANOID

Pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang sentiasa menyimpang dengan kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit sentiasa mengalami delusi, halusinasi, curiga terhadap orang lain dan suka bertengkar. Pesakit percaya mereka mempunyai identiti lain daripada identiti dirinya yang asal, seperti nabi atau makluk ghaib. Pesakit percaya, dia mempunyai kuasa  atau  bakat-bakat tokoh berkenaan. Keadaan ini biasanya dirujuk sebagai skizofernia besar (skizofernia grandeur). Pesakit menunjukkan kemarahan yang berlebih-lebihan dan curiga pada orang lain. Contohnya mereka mungkin mencurigai orang lain dan percaya mereka akan diculik, dimalukan atau dibunuh. Berdasarkan kepercayaan palsu ini,mereka bertindak ganas dengan tujuan melindungi diri mereka. Pesakit secara relatifnya kelihatan normal yang lain meliputi wajah, berpakaian dan seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut skizofrenia parafenik atau parafrenia.

b)        SKIZOFRENIA HEBEFRENIK (KACAU BILAU)
      
Skizofrenia hebefrenik adalah jenis yang paling serius dan sering dialami pada peringkat awal kehidupan seseorang.Ciri-cirinya adalah suka menarik diri daripada secara ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan, mempamerkan tingkah laku yang tidak sesuai, ganas dan ganjil. Skizofrenia jenis ini adalah seperti paranoid dari segi adanya delusi dan halusinasi tetapi tidak teratur berpecah-pecah sehingga ia tidak mempunai makna langsung. Pesakit biasanay menunjukkan tingkah laku yang tidak senonoh, kurang sopan dan kotor.Misalnya berpakaian kotor ataupun memakan makanan yang tidak sepatutnya.

c)         SKIZOFRENIA KATATONIK 

Pesakit biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung (tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan badannya dengan cara yang melampau. Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua keadaan iaitu berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan ataupun becakap tidak berhenti-henti dalam waktu yang lain. Mereka mungkin berda dalam keadaan kaku dalam beberapa jam.

d)         SKIZOFRENIA DELUSI (SKIZOFRENIA BESAR)

Pesakit akan mengalami delusi yang bersifat tidak logik dan tidak disertai halusinasi. Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan kepercayaan iaitu individu percaya bahawa dirinya adalah orang tertentu dan bukan dirinya yang sebenar.


SIMPTOM-SIMPTOM SKIZOFRENIA



Simptom skizofrenia dapat dibahagikan kepada tiga aspek penting yang melibatkan kecelaruan kognitif, ganguan emosi dan kecelaruan tingkah laku.

1.         KECELARUAN KOGNITIF

Ciri utama adalah pesakit mengalami keadaan “tidak berpijak di alam nyata”.Pesakit biasanya mempunyai kepercayaan ganjil dan tidak betul, mempunyai pemikiran dan bahasa yang terpisah-pisah dan tidak logik.Mereka juga mengalami kecelaruan tumpuan iaitu tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkataan atau peristiwa.Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan kecelaruan kepercayaan pula dikenali sebagai delusi.Kecelaruan kognitif dapat dibahagikan kepada dua iaitu halusinasi dan delusi.

a).         HALUSINASI

Ia adalah pengalaman persepsi tetapi tanpa ransangan deria. Pesakit mungkin dapat melihat, mendengar, merasa ataupun bau rangsangan yang ganjil tanpa kewujudan ransangan itu dalam persekitaran. Halusinasi ini seolah-olah seperti  benar kepada pesakit dan mungkin disebabkan oleh kebimbangan dan perubahan fungsi dalam sistem saraf. Mimpi semasa tidur yang dialami oleh manusia yang normal mungkin menggambarkan halusinasi bagi penghidap skizofrenia.Jenis-jenis halusinasi dapat dibahagikan kepada berikut: 

1.      Halusinasi pendengaran : Mendengar suara yang pada hakikatnya orang normal tidak  mendengarnya.

2.   Halusinasi penglihatan : Apa yang dilihat seolah-olah berbentuk orang, binatang, barang atau benda. Apa yang dilihat seolah-olah tidak berbentuk.

3.    Halusinasi penciuman: Halusinasi yang seolah-olah mencium     sesuatu bau tertentu.

4.    Halusinasi pengecap : Halusinasi yang seolah-olah mengecap suatu zat atau merasa sesuatu  yang dimakan.

5.    Halusinasi sentuhan: Halusinasi yang seolah-olah merasa disentuh.

6.    Halusinasi gerak: Halusinasi yang seolah-olah merasa badannya bergerak di sebuah ruang tertentu dan merasa anggota badan bergerak dengan sendirinya.


        Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, adanya halusinasi. Nash mengatakan bahawa beliau mempunyai teman sebilik yang bernama Charles Herman dan anak saudaranya yang bernama Marcee.Beliau juga berasa beliau sentiasa diikuti oleh agen rahsia yang bernama William Parcher.

b)  DELUSI

Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun dipertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya,agama, masyarakat keadaan social sekeliling dan ilmu penfetahuan yang ada pada pesakit. Jenis-jenis delusi ialah :

· Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit.Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, Nash selalu merasa diikuti oleh ejen rahsia.Ejen ini selalu mengikuti Nash ke mana beliau pergi termasuk ke tempat beliau mengajar.

· Delusi kawalan (delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.

· Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

· Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi. Dalam filem ini, Nash menganggap dirinya adalah pemecah kod  rahasia terbaik .

· Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

· Delusi merujuk (delusion of reference):  Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.


2.   GANGGUAN EMOSI

Ganguan ini bermaksud tidak ataupun kurang menunjukkan tindak balas emosi, ataupun mempunyai gerak balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Misalnya, menangis ketika orang bergembira, gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih dan sebagainya. Antaranya adalah seperti berikut :

·     Emosi  yang tidak sesuai  berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang idak sesuai  atau ketawa berlebihan.

·   Emosi berlebih-lebihan berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Contohnya jika diberikan wang RM1 dia menunjukkan kegembiraan yang melampau seperti melonjak-lonjak dan ketawa yang kuat.

·     Emosi malap adalah emosi  sentiasa murung dan tidak menceriakan. Contohnya, apabila diberikan hadiah pesakit hana menunjukkan senyum yang sedikit, tanpa menunjukkan senyuman yang sewajarnya.

·   Emosi mendatar berlaku apabila pesakit tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa atau peristiwa yang berkaitan dengannya. Contohnya, apabila diberitahu bahawa kucing kesayangannya mati, seseorang itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.

· Anhedonia adalah keadaan pesakit tidak mampu mengalami keseronakan menyebabkan emosi pesakit kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya membunuh diri. 



Dalam filem “A Beautiful Mind” ini terdapat  gangguan emosi. Ini dapat dilihat sewaktu Nash bersetuju untuk memandikan anaknya yang masih kecil. Beliau tidak memberikan sebarang tindak balas ketika anaknya menangis.


3.  KECELARUAN TINGKAH LAKU

Kecelaruan tingkah laku berlaku apabila pesakit menarik diri daripada perhubungan sosial (tarik diri sosial). Dalam kes seperti tertentu, mereka inginkan hubungan yang rapat dengan orang lain tetapi takut kepada orang ramai,ataupun menunjukkan kurang minat pada orang lain. Kadangkala pesakit hilang motivasi, tiada aktiviti yang bermatlamat. Mereka juga mengalami kecelaruan motor  ekspresi muka yang ganjil, terlalu aktif ataupun sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot. Kadangkala bahasa pesakit sukar difahami.Mereka juga bertindak seperti kanak-kanak dan menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya dari segi berpakaian.Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga diri dan membersihkan diri seperti tidak mandi, menggosok gigi dan menukar pakaian.
Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, kecelaruan tingkah laku dapat dilihat apabila Nash tidak mempunyai kawan sewaktu berada di universiti. Beliau lebih gemar menyendiri dan menghabiskan masa di bilik dan perpustakaan. Beliau juga mengatakan beliau tidak  terlalu suka berhubung dengan orang lain. Nash hanya mempunyai teman khayalannya yang bernama Charles Herman.

Selain itu, dalam filem ini,boleh dilihat kecelaruan tingkah laku yang mana Nash Nash menunjukkan ekspresi muka yang ganjil. Ini boleh dilihat bagaimana gaya berjalan Nash. Apabila berjalan, Nash berjalan agak terbongkok. Hal ini juga dapat dilihat ketika Nash berkenalan dengan temannya.

NAMA KUMPULAN
Nur Ain bt Ariffin
Nur Fida'iy bt Salahuddin
Nurfiza Shahida bt Mazid
Nurul Amilin bt Razali
Nur Atikah bt Adnan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan