Jumaat, 3 Mei 2013

SKIZOFRENIA






PENGENALAN



Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia kerap digunakan oleh doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang di salah ertikan kerana penyakit mental sebenarnya terdapat bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.Dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan keperibadian.

      Skizofrenia terbahagi kepada dua konsep asas iaitu skizofrenia akut dan skizofrenia kronik. Skizofrenia akut adalah apabila pesakt didominasi oleh keadaan klinikal seperti mengalami simptom-simptom delusi, halusinasi dan gangguan pemikiran. Keadaan sebegini dipanggil simptom positif. Sesetengah pesakit pulih daripada penyakit yang akut, sementara da setengah yang lain menjadi sindrom kronik. Skizofrenia kronik pula pesakit yang mengalami tiada emosi, kurang upaya motivasi, pergerakan perlahan dan suka menyendiri daripada masyarakat. Ini digelar simptom negatif. Kebiasaannya penghidap skizofrenia gagal berfungsi secara sosial dan persekitaran serta tidak berupaya untuk menguruskan diri mereka sendiri. 

       Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka fikirkan.  Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter.


   SEJARAH SKIZOFRENIA

Penyakit skizofrenia ini telah ditemui sejak beribu tahun lagi, sejak zaman Greek.Kajian psikologikal telah menemui dalam tamadun Babylon, Mesir Purba dan Yahudi.Skizofrenia berasal daripada perkataan Greek, “schizophrenia”, yang bermaksud minda terbelah.Zaman Babylon mengatakan ianya kuasa pengetahuan dan cara-cara merawat penyakit fizikal ini. Tamadun Mesir Pura pula, sama seperti Zaman Babylon, mengenal pasti bahawa otak atau akal itu merupakan tempat di mana mental berfungsi dan terma persekitaran yang praktis dan terapi tidur. Ia bleh dianggap sebagai satu penyakit yang agak baru kerana buat satu tempoh yang agak lama, gejala-gejala skizofrenia sering dikaitkan dengan rasukan hantu. Hanya pada tahun 1893 ianya mula dianggap sebagai satu penyakit.

           Pada tahun 1890, seorang ahli psikiatri dari Perancis, Morel menguraikan sindrom ini sebagai demence precox.Pada tahun 1896,Father Of Psyhiatrist, Emil Kraepelin berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri daripada tiga jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Kraeplin menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada peringkat gangguan yang melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi seseorang itu. Beliau turut menjelaskan bahawa kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang bermula dari zaman kanak-kanak.Antara simptom dalam kecelaruan ini ialah halusinasi, delusi, penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam memberikan tumpuan.

          Sementara pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular menggantikan “dementia praecox” dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah (spit). Phrenia bermaksud fungsi fizik, mind (minda)iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dengan kata lain skizofrenia ialah split of the mind.Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini bukanlah sekadar kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan oleh keadaan tekanan yang dialami.Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan cadangan simpton yang wujud dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan sosial dan gangguan dalam memberikan tumpuan.Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal sehingga hari ini.

         Filem A Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli matematik genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi yang telah digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash telah diterima masuk ke Universiti Princeton.Beliau merupakan penerima anugerah Carnegie Prize dalam bidang matematik.Beliau juga telah dijanjikan sebuah bilik tunggal, rakan sebiliknya Charles Herman, seorang pelajar sastera yang tidak lama menjadi sahabat karibnya.Nash juga bertemu dengan rakan sekuliahnya (matematik) seperti Martin Hansen, Sol, Ansley dan Bender.Nash seorang lelaki yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial, dan seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri. Beliau tidak pernah masuk ke kuliah matematik seperti rakan yang lain dan sering menghabiskan waktu di luar kelas untuk mendapatkan idea yang original. Beliau akhirnya berjaya mendapat idea apabila seorang wanita menolak pelawaannya di bar dengan terhasilnya kawalan dinamik dalam bidang ekonomi matematik.







          Setelah tamat di Princeton, beliau diterima kerja di Masaachusetts Institute of Technology (MIT) bersama rakannya Sol dan Bender.Lima tahun mengajar mengenai kalkulus di MIT beliau berjumpa dengan Alicia Larde dan akhirnya berkahwin.Nash telah dijemput Jabatan Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan kod rahsia musuh Amerika Syarikat. Beliau berjaya memecahkan kod rahsia tersebut dan bertemu dengan William Parcher, agen rahsia yang memberi tugasan kepada Nash untuk memecahkan kod melalui majalah dan surat khabar. Beliau terlalu obses dengan tugas tersebut dan pada masa yang sama beliau berjumpa semula dengan Charles serta anak saudaranya Marcee.  Alicia membuat laporan di Hospital Psikitari setelah melihat perubahan yang dialami oleh Nash.Doktor memberitahu bahawa William Parcher, Charles dan Marcee sebenarnya adalah khayalan Nash sahaja.

    Nash diberi rawatan dan ubat antipsychotic. Ubat-ubat tersebut memberikan kesan terhadap hubungannya dengan isterinya serta keupayaannya untuk berfikir.Beliau akhinya menolak untuk makan ubat tersebut dan watak dalam halusinasinya muncul kembali semula.Nash dan Alicia memutuskan untuk hidup secara normal dan Nash harus melawan halusinasinya dengan tidak mengambil sebarang ubat dari hospital.Beliau meneruskan hidup dan diterima sebagai pengajar semula.Pada 1994, beliau diberikan anugerah dalam bidang matematik, Nobel Memorial Prize in Economicsdengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang banyak berjasa pada teori-teori ekonomi.

SINOPSIS FILEM 'A BEAUTIFUL MIND'




       SINOPSIS FILEM A BEAUTIFUL MIND


       


Filem A Beautiful Mind adalah sebuah filem yang mendapat anugerah terulung iaitu Academy Award. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang terkenal iaitu Russel Crowe  (John Forbe Nash),
Ed Harris (William Parcher), Jenifer Connely (Alicia Nash), Chritopher Plummer (Dr.Rosen), Paul Bettany (Charles Herman), Vivien Cardone) Marchee. John Nash merupakan seorang genius dan pakar dalam matematik dan hidupnya sentiasa bermain dengan angka.

           Filem ini bermula dari kisah John Nash sebagai mahasiswa di preceton Universiti. Beliau  adalah mahasiwa yang unik, namun tidak suka dengan buku, kelas dan sering ponteng dalam mengikuti pelajaran dikuliah. Bagi beliau keadaan itu mampu mengganggu kretiviti dan keaslian ideanya. Sikap beliau cenderung kepada keadaan yang  tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka bersendiri. Dalam perjalanan kisah hidupnya beliau telah mengidapi satu penyakit psikologi iaitu dikenali sebagai skizofrenia. Beliau telah menghadapi pelbagai halangan dalam mengecapi kejayaan, namun keadaan tersbut menyebabkan keadaannya bertambah parah apabila beliau tidak mampu untuk membezakan antara halusinasi dan kenyataan. 

                Suatu ketika beliau dipanggil ke Pentagon untuk memecahkan kod Rahsia. Selepas itu beliau terus berfantasi dengan bertemu dengan pegawai yang mengajak beliau untuk bekerja sbagai mata-mata. Dalam dunia fantasinya is seolah-olah berada dalam keanggotaan rahsia jabatan pertahanan AS yang sedang melakukan kajian terhadap pengeboman bom yang akan dilakukan oleh Rusia. 

         Beliau telah berkahwin dengan salah seorang muridnya iaitu Alicia, setelah beberapa tahun perkahwinan mereka Alicia menyedari tingkah laku suaminya yang aneh dan akhirnya John Nash dibawa kerumah sakit jiwa untuk perubatan dalam masalah penyakit skizofrenia. Namun begitu, John Nash kembali berhalusinasi dan semakin parah. Walaupun begitu sepanjang keadaan ini berlaku pada John Nash, Alicia merupakan seorang Isteri yang setia dan baik perwatakannya beliau telah berkorban secara zahir dan batin terdadap kehidupannya, kasih sayng dan kesabarannya membantu suaminya dengan harapan suaminya dapat dipulihkan semula.

                 Akhirnya, dengan usaha dan dorongan serta sokongan ahli keluarga , rakan-rakan dan John Nash sendiri, beliau telah mendapat penghargaan Nobel dalam bidang Ekonomi di Swedia pada tahun 1994 untuk teori ekulibriumnya yang banyak berjasa dalam bidang ekonomi dunia. Ia menutup penganugerahan tersebut ‘aku selalu percaya akan angka’ 




Sejarah telah membuktikan bahawa...
Kejayaan dapat dicipta oleh mereka yang berusaha untuk mengubah dirinya menjadi yang biasa kepada LUAR BIASA~


Selasa, 9 April 2013

IBN ‘ARABI TOKOH SUFI AGUNG


IBN ‘ARABI TOKOH SUFI AGUNG



     Tokoh sufi sentiasa berusaha untuk menghasilkan tulisan-tulisan untuk mempertahankan benteng disiplin  kerohanian yang mereka imani. Pada pertengahan kedua abad keenam hijrah muncullah tokoh sufi yang agung iaitu Ibn ‘Arabi iaitu seorang tokoh yang mempunyai kedudukan dan taraf tersendiri dalam sejarah perkembangan bidang kerohanian Islam. Ibn ‘Arabi merupakan tokoh yang mempunyai kontrovesi di satu pihak dan profolik dalam penulisan di pihak yang lain.

   Kontrovesi yang berlaku adalah di sekitar diri dan aliran iaitu apa yang diistilahkan sebagai Wahdah al-Wujud yang dibawanya masih dapat diperhatikan sehingga kini. Pro dan kontra cukup jelas dilihat apabila sebahagian mereka yang pro terhadapnya menganggap Ibn ‘Arabi sebagai wali Allah manakala sekumpulan lagi mengatakannya kafir dan zindiq.

     Namun kehebatan dan ketokohan Ibn ‘Arabi tidak dapat dinafikan kerana beliau merupakan orang yang pertama merakamkan penjelasan dalam bentuk penulisan yang sistematik dan terperinci berkaitan tentang doktrin dan pengajaran ilmu tasawuf yang begitu luas.

RIWAYAT HIDUP

Ibn ‘Arabi atau nama penuhnya Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah al- Hatimi. Beliau telah dilahirkan di Murcia di bahagian Tenggara Andalus pada 17 Ramadhan 560 H ( 28 Julai 1165 M). Beliau berasal dari suku Arab Tulen yang tergolong dalam qabilah Ta’i. Beliau juga digelar seperti Abu Bakr Muhyi al- Din dan Syeikh al – Akbar.

Di sebelah Masriq, beliau lebih dikenali dengan panggilan al-Hatimi  dan Ibn ‘Arabi (tanpa al) untuk membezakannya dengan seorang tokoh lain iaitu al –Qadi Abi Bakr bin al-‘Arabi. Sebaliknya di sebelah Magrib beliau dikenali sebagai Ibn al-‘Arabi (dengan al) dan di Andalus sendiri beliau dikenali dengan panggilan Ibn Saraqah.
            Ibn ‘Arabi adalah dari keturunan sebuah keluarga yang mempunyai status sosial yang baik, berpengaruh dan bertakwa dan kuat berpegang dengan agama. Ini jelas terbukti dengan wujudnya kenyataan bahawa ayahnya Ali bin Muhammad pernah memegang jawatan sebagai wazir dan merupakan tokoh dalam bidang fiqh dan hadith serta terkenal dengan kezuhudan takwa serta mengamalkan ajaran tasawuf.

            Menyorot kepada keturunan beliau, kita dapati bahawa datuknya Muhammad bin Ahmad ialah seorang Qadi dan Ulamak besar di Andalus, manakala tiga orang bapa saudaranya pula tergolong dalam ahli sufi. Ini dinyatakan sendiri oleh beliau dalam Futuhat, Roh al- Quds, dan Muhadarah al-Abar wa Musamarah al-Akhyar.  Ibn ‘Arabi membesar dan memulakan pendidikan awalnya dengan mempelajari bacaan al- Quran dan ilmu Qiraat daripada beberapa orang guru seperti, Abu Bakr bin Muhammad bin Khalaf al-Lakhmi al-Asybili, Abul Qasim asy-Syarrath dan dari Ahmad bin Abi Hamzah. Sementara untuk mendalami bidang fiqh dan hadis dia menekuni fiqh mazhab Ibnu Hazm adz-Dzahiry dan mazhab Imam Malik, pada beberapa guru seperti Ali bin Muhamamd ibnul Haq al-Isybili, Ibnu Zarqun al-Anshary dan Abdul Mun'im al-Khazrajy. 

Dan diriwayatkan bahawa beliau dapat menguasai dengan baik seluruh ilmu yang dipelajarinya sehingga ramai di antara gurunya memberikan keizinan kepada beliau untuk mengajar bagi pihak mereka.
            Sebagai seorang ahli sufi, Ibn ‘Arabi memiliki sahsiah akhlak yang baik dan boleh dijadikan teladan. Keghairahan beliau dalam hubungan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan akhlak Tuhan, serta menghayati adab Rasulullah S.A.W. Antara sifat Ibn ‘Arabi ialah beliau amat tidak menyenangi kezaliman dan sering memberi nasihat kepada manusia supaya tidak melanggar hukum syarak dalam kelakuan mereka.  Dalam melaksanakan tujuan ini, beliau kerap menulis surat kepada raja, membantah keputusan  hukuman yang dijatuhi oleh raja dan sebagainya.

            Satu aspek lain yang boleh dianggap mempengaruhi Ibn ‘Arabi memantapkan sahsiah beliau ialah siri pengembaraan yang beliau jalani sepanjang hidupnya.  Pengembaraan yang dilakukan oleh Ibn ‘Arabi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Tahap 1: ketika beliau merantau ke beberapa tempat di Andalus. Ini berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama selepas beliau memulakan hidup di alam kesufian iaitu antara tahun 580-590H (1184M- 1194M).
Tahap 2: Ketika beliau berulang alik di beberapa tempat dan kota di Utara Afrika dan Andalus. Ini berlaku antara tahun 590 H (1193 m) hingga 597 H (1200 M).
Tahap ketiga: Bermula dengan pemergian beliau ke sebelah Timur meninggalkan Andalus untuk selama-lamanya dan merantau pelbagai tempat dan kota di sana. Tahap ini berlangsung lebih kurang 23 tahun. Pengembaraan Ibn ‘Arabi selama lebih kurang 40 tahun telah memberi kesan yang mendalam ke atas dirinya dalam proses pembinaan peribadi dan sahsiah beliau dalam bidang yang diterokainya. 

Ibn ‘Arabi sepanjang hayatnya telah berkahwin dengan tiga orang wanita pada waktu yang berlainan iaitu Maryam Binti Muhammad bin Abdun yang dinikahi di awal usia remajanya di Seville, Fatimah binti Yunus  bin Yusuf yang dikahwininya di Mekah dan seorang wanita yang dikahwininya di Damsyik. Hasil perkahwinan tersebut beliau dkurniakan tiga orang anak iaitu Sa’d al-Din Muhammad, Imad al-Din Muhammad dan seorang anak perempuan bernama Zainab. Beliau meninggal pada 28 Rabiulakhir 638 H bersamaan dengan 16 November 1240M.

KARYA-KARYA IBN ‘ARABI

Dari aspek penulisan Ibn ‘Arabi merupakan seorang yang ‘profolik’ sehingga sukar ditandingi oleh mana-mana ulamak dan ahli sufi sepanjang sejarah umat Islam. Beliau telah banyak menghasilkan penulisan yang tidak dapat ditandingi oleh penulis. Dalam Kitab al-Burhan al-Azhar fi Manaqib al-Sheikh al-Akbar, karangan Muhammad Rejab Hilmi telah menyatakan tulisan Ibn ‘Arabi berjumlah  284 buah.

Semua  tulisan Ibn ‘Arabi tulis dalam bahasa Arab dengan mengunakan satu gaya bahasa yang tersendiri dan banyak mengandungi perbendaharaan kata yang sangat bersifat teknikal. Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk memahami hasil-hasil tulisan beliau, seperti yang berlaku kepada R.A Nicholson semasa beliau hendak menterjemahkan  Fusus al-Hikam ke dalam Bahasa Inggeris iaitu beliau menjelaskan:
            “ Teori-teori Ibn ‘Arabi dalam Fusus, sukar difahami: lebih sukar lagi, tentunya untuk membuat penjelasannya dan penafsiran, kerana pada banyak ketika bahasanya bersifat istilah khusus dan berupa simbolik yang tersimpul kemas. Sebarang percubaan mentafsirkan secara perkataan demmi perkataan (harfi) tentunya akan meroskkan pengertiannya Tetapi andainya kita biarkan istilah-istilahnya ( tanpa membuat sebarang penafsiran) agak mustahil kita boleh memahami kitabnya dan mustahil pula, kita boleh sampai kepada idea yang jelas yang terkandung dalam pengertiannya…

Antara karya yang hebat dihasilkan oleh  Ibn ‘Arabi ialah

  1.   Fusus al-hikam 
  2. Al-Futuhat al-makkiyyaKitab Mawaqi’ al-Nujum wa Matali Ahillat al-Asrar wa  al-‘Ulum (595H)
  3. Kitab Insha’ al-Dawa’ir (598H)
  4. Kitab Tarjuman al-Ashwaq (599H)- diinspirasikan oleh kecantikan dan kewarakan anak gadis sheikh di Mekah, Abu Syaja Zahir bin Rustam
  5. Kitab Mishkat al –Anwar (599H-501H)- Kitab ini berupa satu koleksi daripada hadith Rasulullah S.A.W
  6. Kitab Hilyat al-Abdal (599H)- Risalah berhubung kelebihan golongan sufi
  7. Kitab Taj al-Rasa’il (599-601H) – Kitab berkaitan mimpi

  8. Kitab Roh al-Quds Fi Munasahat al-Nafs (600H)-Ditulis khusus dirujuk pada seorang sahabat lama beliau, Abu Muhammad Abd. Al-Aziz bin Abu Bakr al-Qurashi al-Mahdawi yg tinggal di Tunisia.
  9. Kitab Tanazzulat al-Mawsiliyyah (601H) – Kitab berkaitan kepentingan wuduk dan sembahyang
  10. Kitab Dhakha’ir al-A’laq (611H) – Komentar bait-bait Tarjuman al-Ashwaqnya.
  11. Kitab al-Diwan al-Akbar – Merupakan koleksi-koleksi besar syair-syair tasawuf yang dicipta oleh Ibn ‘Arabi.
Jelasnya, penulisan Ibn ‘Arabi yang banyak ini telah meninggalkan sesuatu yang amat bermakna dalam tradisi ilmu pemikiran umat Islam.

PEMIKIRAN IBN ‘ARABI BERKAITAN WAHDAH AL-WUJUD

Nama Ibn ‘Arabi sudah menjadi hampir sinonim dengan doktrin wahdat al-wujud. Logik kepada pertumbuhan anggapan di atas adalah terletak pada sudut pandangan Ibn ‘Arabi yang didapati menegaskan perihal keesaan seluruh wujud sebagai yang boleh ditemui dalam tulisan-tulisan beliau khususnya di dalam Fusus al –Hikam dan al-Futuhat al- Makiyyah. Sekadar untuk menunjukkan beberapa contoh yang berhubung, maka kenyataan beliau boleh diberikan perhatian :

-Engkau bukannya Dia (al-Haq) bahkan engkau adalah Dia dan engkau dapat melihat Nya pada ‘ayn setiap benda (sama ada) tidak terhad atau terhad.

-Maha suci (Tuhan) yang paling nyata daripada segala perkara ( di mana) ia adalah makhluk dan makhluk pula al-Khaliq. Segala itu adalah dari ‘Ayn yang tunggal’. Tidak bahkan Dia adalah suatu ‘Ayn yang tungga dan Dia ( pada waktu yang sama ) adalah ‘Ayn yang banyak.

-Sesungguhnya telah putus kata di kalangan golongan muhaqqiqin bahawa tidak ada apa-apa yang wujud selain Allah. Sekiranya kita memiliki wujud, maka wujud kita itu adalah denganNya. Sesiapa juga yang sujud menerusi sesuatu yang lain, (sebenarnya) dia dihukumkan sebagai ‘adam.

*Kenyataan-kenyataan Ibn ‘Arabi sebagaimana yang di atas secara jelasnya  memperlihatkan tentang betapa beliau memiliki sudut pandangan bahawa kewujudan seluruhnya adalah ‘satu’ iaitu al-haq, tidak lebih dan tidak kurang.

    Walaupun kenyataan Ibn ‘Arabi adalah pelbagai, namun satu hal adalah amat penting untuk diketengahkan, iaitu sudut pandangan beliau yang melihat bahawa segala sesuatu yang wujud itu adalah satu, tidak pula mengandungi unsur-unsur makna yang terbawa ke arah kesamaan. Dalam maksud bahawa al-Haq di satu pihak dan alam semesta di pihak yang lain, namun Ibn ‘Arabi melihat ia sebagai yang tidak sama walaupun ‘satu’.

     Perihal ketidaksamaan antara al-haq dan al-Khaliq atau alam semesta adalah dapat diertikan secara jelas bilamana Ibn ‘Arabi dalam Fusus misalnya ada mengatakan secara terang betapa alam semesta, yang terutamanaya diwakili oleh insan, berbeza secara asasinya daripada al-Haq iaitu perbezaan yang berlaku pada aspek yang berhubung dengan kewujudan di mana al-haq,dan cuma al-Haq mengikut Ibn ‘Arabi adalah memiliki unsur al-wujud dalam kewujudan lalu dia tidak memerlukan kepada apa-apa pun juga dalam aspek itu sedangkan al-Khalq adalah berada dalam ifitqar yang amat sangat untuk mendapatkan kewujudan dalam ‘segala sesuatu’ yang wujud. 

     Seterusnya dapat dijelaskan lagi bahawa apa yang dikatakan sebagai Wahdat al- Wujud dari sudut pandangan Ibn ‘Arabi adalah tidak ada kena-mengena dengan sebarang unsur ‘kebendaan’ (maddi) yang biasanya antara lainnya mengarah kepada pegangan bahawa kepelbagaian gejala-gejala alam semesta seluruh apa yang dinamakan sebagai ‘wujud’ dan seluruh apa yang dinamakan sebagai ‘hakikat’.
Tetapi sebaliknya apa yang dikatakan sebagai wahdat al-Wujud dari penglihatan Ibn ‘Arabi adalah suatu aliran yang benar-benar bersifat kerohanian (ruhi) yang mahu menghujahkan bahawa unsur ketuhanan memainkan peranan dan mengambil tempat utama, dalam mana al-Haq diyakini sebagai suatu hakikat yang azali serta memiliki kewujudan yang maha mutlak lagi wajib, sehingga Dia merupakan asas kepada wujud-wujud yang lain.

      Sehubungan dengan penguasaan unsur ruhi dalam sudut pandangan Ibn ‘Arabi inilah makna ‘Abd al-Halim Mahmud telah cuba menamakan apa yang berlaku di sekitar sudut pandangan Ibn ‘Arabi itu sebagai al- Wujud al-Wahid bukannya Wahdah al-Wujud adalah merujuk kepada kewujudan Allah yang tidak sedikit pun berhajat kepada apa jua benda lain. Dialah yang wujud yang hakiki, yang memberi dan mengurniakan wujud kepada setiap ka’in yang diingininya di setiap saat yang tidak berkesudahan. Aspek al-Wujud al-Wahid inilah yang mahu ditegaskan oleh golongan sufi termasuklah Ibn ‘Arabi. Mereka merasakan kehebatan pengawasan dan penguasaan mutlak Allah yang tidak dapat disangkal apabila saja membaca ayat-ayat Allah dalam al-Quran antaranya seperti :
 Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui                                   
 (Surah al-Baqarah 2:115)

Dialah yang awal dan yang Akhir dan yang zahir serta yang Batin; dan Di lah yang Maha    mengetahui akan tiap - tiap sesuatu. 
(Surah al-Hadid 57:3)
                                                                                                                    
      Segalanya memberi gambaran bahawa Allahlah yang menghulurkan wujud kepada setiap yang mawjud, dalam kekuasaanNya negatif dan positifnya segala perkara, demikian pula wujud dan ‘adanya semua benda. Dialah yang memberikan kebolehan berdiri kepada setiap yang berdiri, membolehkan kebolehan berjalan kepada setiap yang bergerak. Itulah segala apa yang dikatakan sebagai al-Wujud al-Wahid.

Rujukan:

Zakaria Stapa. 1993. Ibn ‘Arabi Tokoh Sufi (560/638H- 1165M/1240M). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rom Landau.2008. The Philosophy of  Ibn ‘Arabi. London: Routledge, Taylor & Francis Group.

Sabtu, 6 April 2013

'Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'
       'Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W'